Saturday 8 August 2020

Selamat Pengantin Baru Kakakku

 Assalamualaikum,

Bulan lepas adalah bulan paling busy untuk kami sekeluarga. Yelah nak kena prepare semua benda fasal wedding kakak aku. Orang yang paling busy adalah aku dan kakak ipar aku sebab kitorang yang ada kat Ganu. Kakak aku plak mengajar di Sarawak. Apa-apa hal mesej dekat whatsApp je. Sepatutnya kakak aku kahwin masa raya ke-tujuh tapi memandangkan PKPB so kenalah tangguh. 

Akhirnya, tanggal 27-7-2020 dipilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlis akad nikah dibuat di pejabat agama Kuala Terengganu dan sanding kecil-kecilan dibuat di rumah. Jemputan hanya saudara-mara dan jiran terdekat mengikut SOP. Gigihlah aku, abang aku, adik, kakak ipar semua susun kerusi 1 meter dan pasang tape untuk pergerakan tetamu. Macam kat sekolah punya SOP. 😁

So, kat sini aku nak kongsi gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis pada hari Isnin dan hari Rabu pula kakak dengan abang ipar aku buat photoshoot outdoor di TER dan pantai. 

NURUL HIDAYAH πŸ’“ ABANG MUHAMMAD ISMAIL 


Adik-beradik yang ada ketika majlis berlangsung. Ada yang tak dapat balik. 

Pengantin + ma + abah + kakak ipar + adik + anak-anak saudaraku

Me with my sis + sis in law

Ni pula keluarga abang ipar aku yang datang dari Sarawak.

Curi sekeping gambar outdoor. 😚


Ada banyak lagi sebenarnya gambar cantik-cantik tapi dalam kamera abang photographer. 3 bulan kena tunggu untuk dapat album dan gambar-gambar lain. So, aku share yang mana ada je. 

Buat kakakku tersayang, selamat pengantin baru. Akhirnya, kau bertemu jua dengan pelengkap hidupmu. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah swt dan semoga cepat-cepat dapat anak. Hiduplah dengan penuh kegembiraan dan saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Terima kasih sebab bagi aku one and only abang ipar sebab munglah satu-satunya kakak kandung yang aku ada. πŸ˜‚


With Love,

Izzati Aisyah πŸ’‹

Friday 7 August 2020

Preloved Novel #4

Assalamualaikum semua, 

Hari ni aku nak update novel yang nak dijual. Kebanyakan baca sekali je lepas tu simpan buat pekasam...hihihi

Kalau korang nak beli just pm aku dekat facebook or kalau dah tahu nombor aku boleh whatsapp terus. Cepat or lambat aku akan balas juga. Mohon bersabar sebab handphone bukan 24 jam pegang kat tangan. πŸ˜…


Okey, ni gambar novel yang nak dijual. 







Ada nota penting untuk korang ambil perhatian;

1. Kalau korang berkenan, pm kat fb dan nanti aku akan bagitahu kondisi novel tu macam mana sebelum korang beli.
2. Harga yang tertera belum masuk kos pos lagi. (Penghantaran guna POSLAJU sahaja)
3. Penghantaran hanya dilakukan sekali dalam seminggu atau mengikut keadaan. 
4. Bayaran dibuat melalui acc CIMB BANK SAHAJA. (Sebab aku ada satu je account untuk online banking. 
5. Booking hanya sah untuk 2 hari sahaja. Lambat bayar novel akan dijual dekat orang lain pula. 
6. Selamat membeli. eceehhhhhh...



With Love 

Izzati Aisyah πŸ’‹

Thursday 7 March 2019

PBAKL 2019

Assalamualaikum,

Kalau korang semua nak tahun, bulan Mac merupakan 'hari raya' bagi semua peminat buku. Tak kira, buku fiksyen or non-fiksyen semua cukup lengkap ditempatkan dalam satu tempat yang luas di ibu kota. Mana lagi kalau bukan Putra World Trade Centre (PWTC)



Dalam Bahasa Melayu dipanggil Pusat Dagangan Dunia Putra.

Nak tahu apa yang bakal berlangsung pada 29 Mac - 7 April di sini? Tentulahhhhh...


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019. 😍

Untuk aku yang giler novel ni, sudah tentulah menjadi port yang menarik untuk cuci-cuci mata tengok novel baru. Sekarang, dekat facebook tengah menggila dengan cover-cover novel terbaharu yang publisher tengah update. Rambang mataku. Hanya mampu tengok jelah dan kalau nak beli, kena beli yang betul-betul nak baca dulu. Yang lain boleh beli kat kedai or beli online dengan publisher lepas pesta buku. Pokailah kalau semua time tu nak pulun. Banyak duit takpelah. huhuhu

Yang penting, kalau datang pesta buku sebenarnya nak jumpa kawan-kawan yang sama minat dengan aku. Yelah, time ni je kitorang boleh berkumpul. Paling best, bersila atas lantai sambil makan berjemaah. Terasa eratnya ukhwah yang dibina disebabkan minat yang sama iaitu membaca novel.

Bukan novel je ada kat sini, banyak lagi buku-buku yang ada seperti buku kanak-kanak, komik, majalah, kitab, Al-Quran dan sebagainya. Banyak juga aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang berlangsungnya pesta buku ini. Boleh menang hadiah lagi. So, rugilah kalau tak pergi. 

Kali ni, aku tak sure boleh turun ke tak. Dahlah duduk jauh di Terengganu ini. 😒 Tengoklah kalau ada rezeki. Kalau tak beli buku online jelah senang. πŸ˜†

Yang ada dekat KL & Selangor tu pergilah. Jadilah insan yang cintakan ilmu. Jadikan buku itu sebagai peneman. Jangan duk hadap telefon je manjang. Duk membawang je kerjanya. No good. No good. 

Apa-apapun selamat berhari rayalah untuk semua pencinta buku sekalian. Diskaun banyak woo time pesta buku ni. Baik beli kat sana. Jimattttt duit.

Okbai, jumpa lagi di lain entry

With Love,
Izzati Aisyah πŸ’‹

Saturday 16 February 2019

Sayangi Dirimu Seadanya

Assalamualaikum,

Rasa macam sekejap je dah masuk pertengahan bulan Februari kan? Rasa baru je masuk tahun baru 2019. πŸ˜‚ Macam mana permulaan tahun baru korang kali ni? GOOD πŸ‘or BAD πŸ‘Ž? Walau apapun yang berlaku dalam hidup korang, ingatlah semua yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. Percaya dengan ketentuan-NYA. Bersyukur dengan apa yang ada. Ingattttt (baca dengan nada PSA TV3 πŸ˜†)

Okey, dahlah tu mukadimahnya Zatiiii...😁 Sebenarnya, hari ni aku nak berceloteh mengenai benda yang aku dah lalui dari dulu. Benda yang diperkatakan itu taklah dimomokkan selalu di pendengaran aku, tapi benda yang jarang kita dengar nilah yang jadi tak best, bagi aku. It's all about COMPARISON aka PERBANDINGAN. Antara sesama manusia. Ayat yang selalu aku dengar;

"Untunglah, ramai kawan. Ramai orang sayang."

"Semua asyik sebut pasal kau. Tak sebut pun pasal aku."

"Kalau Zati nak sesuatu, mesti dapat!"

"Bestnya jadi Zati."

"Zati tau tak ada orang jeles dengan Zati. Asyik-asyik sebut pasal Zati, sampai tersasul panggil nama Zati padahal tengah bercakap dengan orang lain."

Dan Zati pun alahaiiiiiiiii, kenapakah? Aku pun tak tau apa yang specialnya jadi seorang NURUL IZZATI AISYAH. (Serius, bukan nak bangga diri ke apa ke, I is betul-betul tak faham ni) Janganlah bandingkan aku dengan dirimu. Aku banyak sangat-sangat kelemahan. Jauh sekali seorang yang sempurna serba-serbi. Tiada manusia yang sempurna atas muka bumi ni oii.

Dalam hidup kita ni, Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Terimalah dengan berlapang dada. Allah dah susun cantik dah. Kalau kita tak dapat sesuatu yang kita nak, mungkin Allah nak bagi lambat sikit, nak suruh kita banyak-banyak berdoa. Ataupun, benda yang kita nak tu bukan yang terbaik untuk kita. Korang pernah dengar kan ayat ni, "Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu."

Yang buatkan jadi tak best tu adalah, bila kau rasa diri kau tu kurang sesuatu dan kau jadikan aku musuh sampai tak mahu bertegur sapa. Padahal aku pun tak tahu apa salah aku kat kau. πŸ˜” Complicated kan?
Nah, baca quotes ni...


Dunia ini sekadar pinjaman untuk kita. Nyawa yang Allah bagi pun adalah pinjaman. Hidup ini cuma sekali. Mati pun sekali. Jadi, korang fikirlah apa untungnya bila kita bandingkan diri kita dengan orang lain? Jadilah the best version of yours! Allah dah bagi bahagian masing-masing. Sebagai manusia, kita perlu perbaiki diri hari demi hari. Berubah jadi manusia yang lebih baik. Terima setiap kelebihan dan kekurangan diri. Yang mana perlu diperbaiki kau baiki, yang mana kau rasa dah bagus, kau jadikan ianya lebih bagus.

Tak penat ke tanam sikap cemburu dengan orang lain? Sayangi dirimu seadanya. Kau nampak dari sudut kelebihan yang aku ada tapi kau tak tahu macam mana aku struggle untuk dapatkan sesuatu tu. Tak semudah yang disangka. Mungkin kau nampak hanya yang indah-indah. Kau tak tahu apa yang berlaku sebelumnya. Betul, kalau kita nak sesuatu, kena ada usaha sikit. Aku tak pernah dapat something semudah memetik jari. Kalau dapat sekelip mata tu bermaksud rezeki terpijaklah kot. πŸ˜ƒ

Yang penting adalah aku sangat bersyukur dikelilingi dengan mereka-mereka yang sayangkan aku. Cuma tulah, ada jugak insan-insan yang tak suka aku sebab aku dapat lebih daripada mereka. Aku pun tak tahu cara nak bersemuka dengan orang yang macam ni. Aku tak nak pun bermusuh dengan sesiapa. Kalau boleh nak baik dengan semua orang. Tapi aku anggap semua tu adalah sebuah ujian dalam hidup. Untuk aku sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

Nasihat aku untuk korang semua, jadilah diri sendiri. Enjoy your life! Jangan hipokrit dan sentiasa tanamkan aura positif dalam diri setiap hari. Janganlah dengki dengan kelebihan orang. Letak tapak tangan kat dada, lepas tu cakap; "Aku pun ada kelebihan yang tersendiri jugak, orang lain takde, aku sorang je ada." Tak perlu pun jadi orang lain untuk disayangi oleh orang lain. Faham tak?

Percaya...pada diri dengan harapan dan keyakinannnn...hah!Kan dah menyanyi kat sini. πŸ˜†


yeahhhh!

Okey, aku harap korang boleh hadam apa yang aku bebel ni. Jumpa lagi di lain entry. Insya-Allah. 


With Love,
Izzati Aisyah πŸ’‹

Sunday 13 January 2019

Hanya Dia Yang Tahu

Assalamualaikum,

Hola! Entry kali ni just nak update pasal isu semasa yang perkatakan dalam media sosial di awal tahun baru. Apa lagi kalau bukan mengenai kisah Elfira Loy yang telah menamatkan zamn bujangnya setelah pelbagai kontroversi tentang beliau yang heboh diperkatakan oleh netizen atau dengan erti kata lain 'warganet'. {Istilah baru yang diberikan untuk netizen yang diambil daripada perkataan warga (citizen) dan internet = warganet} Aku baru tahu perkataan ni sbb bila baca surat khabar banyak pulak perkataan ni yang ditulis dalam artikel. So, aku pun googlelah untuk tahu maksud di sebaliknya. 😁 Perkataan baru untuk tahun 2019.



Selamat Pengantin Baru #Elfaris πŸ’•

Kalau nak diikutkan aku tak minat pun dengan Elfira tapi entah kenapa start daripada dia kahwin dengan Faris tanggal 1/1/2019 baru-baru ni aku jadi TERfollow segala update mengenai mereka. Daripada ig Elfira, adik-beradik dia sampailah ig kawan-kawan baik EL. I don't know why but i feel very very happy for both of them. Sampailah walimatulurus Elfira & Faris yang ditayangkan dekat Astro Ria tu pun aku tengok bahagian 1, 2, 3 semata-mata nak tengok segala persiapan wedding diorang. πŸ˜ƒ Nak kata dah gatal nak kahwin jugak, calon belum ada. Alahaiii...Tapi bagi aku Elfira cantik sangat dan dia betul-betul nampak happy bila dengan Faris. Bagai pinang dibelah dua puluh pun bolehhhh! 

Tapi dalam pada mereka bergembira, ada jugak warganet yang tak habis-habis mengecam Elfira sedangkan dia tak tahu pun kisah sebenar. Hanya Elfira dan keluarga dia je yang tahu kisah sebenar. Jadi, korang tak payahlah tambah dosa sebab mereka cerita, mengata yang bukan-bukan pasal dia atau mendoakan yang tak baik untuk El. Banyak pahala dapat kat El tau. Kita ni yang dapat dosa tau tak? Sudah-sudahlah bercerita pasal kisah silam orang. Jangan komen yang bukan-bukan. Silalah move on, guys! Doakan kebahagiaan diorang dunia dan akhirat. Dan semoga kebahagiaan juga yang datang dalam hidup kita kelak. 

Kita sebagai manusia, jangan cepat sangat menghukum. Biar Allah swt yang mengadili baik dan buruk seseorang. Kita memang berhak menegur tapi gunalah kata-kata yang baik. Jangan sampai mengaibkan orang atau mencetus fitnah. Nilai diri kita jugak. Fikir dosa yang kita buat sehari-hari. Jangan terlampau taksub dengan kerjabuat manusia. Dah masuk tahun baru dah, pemikiran pun kenalah lebih matang. Jangan duduk di takuk lama. Aku bukan nak backup El ke apa, tapi nak tegur sesama saudara yang beragama islam. Yang penuh dengan adat kesopanan dan hormat-menghormati semasa manusia. Okey? Mehlah kita berubah jadi baik. Tak rugi apa pun kalau doakan kesejahteraan orang. Nanti kita dapat pahala juga. πŸ˜„

With Love,

Izzati Aisyah πŸ’‹

Friday 4 January 2019

Preloved Novel #3

Assalamualaikum,

Ingat tak dua hari lepas dalam entry Wordless Wednesday #11 aku ada update hint untuk semua peminat buku? Haaa, inilah yang aku nak bagitahu sebenarnya. Aku akan sambung balik jual buku terpakai. Buku-buku yang aku beli dan baca 1 kali je. Kebiasaannya aku tak akan ulang baca dah bila dah baca 1 kali KECUALI bila aku betul-betul tak ingat  jalan cerita sebuah buku tu atau aku rindu nak baca balik. 😁 Tapi memandangkan sekarang keinginan untuk mengosongkan rak tu dah timbul, mohlah kita jual. Untuk duit poket sendiri gak. Ada kehendak yang lebih penting untuk aku penuhi.

Kali ini, aku akan update batch by batch jelah dulu sebab aku kena tilik satu persatu jugak buku tu sebelum jual. Harga ikut condition bukulah, macam biasa. So, korang yang nak beli buku ini boleh pm aku dekat fb iaitu Izzati Aisyah Md Nor  atau komen dekat bawah entry ni. Segala pertanyaan korang akan dijawab di fb.

Kalau korang nak tanya pasal novel lain yang korang nak beli pun boleh. Nanti aku cek kalau ada. Kalau tak, aku boleh bagitahu mana korang boleh dapatkan sebab aku kenal seller online yang jual novel di facebook. (semua trusted seller, jangan bimbang) Ada yang jual novel baru dan novel preloved. Nanti aku bagi link fb diorang.

Okey, ini dia novel yang aku nak let go;


Harga asal untuk mini novel dan pocket short story ni adalah

Aku Yang Dia Halalkan - SOLD
Dating Miss Millionaire - SOLD
I Choose You - RM10

Aku baca 1 kali je semua buku-buku di atas. Condition masih cantik lagi. Jadi, aku nak jual buku ICY & DMM dengan harga rm25 sahaja termasuk harga pos. Tak kira kau duduk dekat Sabah & Sarawak sekalipun, aku let go dengan harga yang sama je. Sinopsis boleh google sendiri ya.

*Penghantaran dibuat sekali sahaja dalam seminggu atau ikut keadaan semasa
*Bayaran dibuat melalui acc CIMB BANK SAHAJA. (sebab aku ada satu account bank saja untuk urusan jual beli ni.)
*No booking, please! 
*Kalau korang nak tengok novel-novel yang aku nak jual, korang boleh klik dekat Labels di sebelah kiri entry blog aku ni. Klik (Preloved Novel


With Love;

Izzati Aisyah πŸ’‹

Thursday 3 January 2019

Spontaneous Thursday #3

Assalamualaikum,

Lama sangat tak update apa-apa cerita spontan kat sini!!! Ya ampun, so marilah kita start semula berceloteh secara spontan di sini ya? Moga tiap2 hari Khamis aku istiqamah buat benda alah ni. πŸ˜…

Hari ni aku just nak kongsi mengenai 5 fakta yang korang tak tahu mengenai aku. Kawan-kawan yang rapat dengan aku haruslah tahu tapi follower belog ni belum tentu tahu kan? hehehe...

1) Seorang peminat tegar warna UNGU.

Mengikut kajian yang aku baca dekat google, personaliti orang yang minat warna ungu ni sedikit    sama dengan diri aku sendiri. Antaranya ialah, seorang yang sensitif dan berjiwa halus. Ya, tepat sekali. Aku mudah sangat mengalirkan air mata tak kira sedih atau marahkan seseorang pun aku boleh menangis. Baca atau dengar cerita yang menyayat hati dekat media sosial (yang langsung takde kaitan dalam hidup aku) pun boleh menangis. Memang cengeng betul!

Seterusnya, suka bagi kata-kata semangat dekat orang yang meluahkan perasaan kepadanya dan dengan kebaikan yang dihulurkan kadang kala membuatkan orang lain mudah ambil kesempatan. Betul sangat, aku rasa aku ni pakar motivasi or doktor cinta dah. Padahal, seorang pakwe pun nan hado! πŸ˜› Banyak betul mintak nasihat tapi takpe, aku layankan aje sebab aku tak nak diorang terlampau melayan perasan sedih tu lama-lama. Dan Alhamdulillah, aku perasan orang ada seorang dua yang aku bagi nasihat tu dah mula bangkit daripada kesedihan. Ya, itu adalah kuasa Allah tapi aku bersyukur diaorang mula berubah. Bercakap pasal orang yang suka ambil kesempatan plak? Memang ada. Tapi aku diamkan aja. Aku jenis yang tak sampai hati. Asalkan dia tak buat something yang menyebabkan orang lain terlibat sama sudah. Tapi nak cakap kat sini, tak baik tau ambil kesempatan kat orang. Jadilah orang yang baik-baik. (masukkan dalam azam 2019 korang, okey?)

Yang terakhir sekali, seorang yang nampak macam mementingkan diri sendiri/ lebih memikirkan perasaan orang lain berbanding diri sendiri. Aku kalau buat sesuatu tu ada kalanya memang tak fikir perasaan orang. Memang pentingkan diri sendiri. Lepas benda tu dah jadi, baru aku fikir, 'kenapalah aku buat macam tu?' My bad! Tapi sekarang dah tak buat macam tu dah, nak buat sesuatu mesti fikir 123456789x dulu sebelum buat. hahaha..Sebab sekarang aku lebih memikirkan perasaan orang lain. Biarlah orang nak buat kita, biar Allah swt yang balas nanti. Kita guna konsep reda dan sod ba ro je. (mengikut situasi dan perbuatan apa yang orang buat kat kita sama ada benda kecik or besar) Jangan kalau orang pukul/dera kau, kau nak reda plak. Agak-agaklah oii.

2) Tidur malam mesti pakai stoking.

Kalau korang nak tahu apa kebaikannya, boleh rujuk blog di bawah. Kalau aku explain mau panjang berjela lagi. Aku amalkan pakai stoking ni sejak dari sekolah menengah lagi. Suka pakai stoking yang kecik gambar kartun tu. Berpasang-pasang aku ada dan ada juga kawan baik aku hadiahkan. Dia dah tahu tabiat aku suka pakai stoking waktu tidur. 😊

Pakar Kata Tidur Pakai Stokin Bagus Untuk Kesihatan
8 Kebaikan Pakai Stokin Ketika Tidur

3) Suka membaca novel + buku motivasi

Kalau nak ikutkan memang dah beratus novel aku kat rumah. Dan aku bukan baca novel cintan-cintun semata-mata tau. Aku baca semua genre kecuali novel seram. Tak berani nak baca sampai ke sudah. Hahaha... Dan jangan ingat novel cinta tu sampah. Kalau nak tau banyak benda aku belajar dalam novel ni. Sebab dalam novel penulis boleh berimaginasi dengan watak tapi haruslah dengan fakta yang betul. Jangan main tulis je. Kena buat research dan olah idea yang bernas dan dekat dengan masyarakat. Barulah novel yang ditulis itu masuk kategori novel wajib baca dan bagus. Buku motivasi pun banyak. Kadang kala tu aku kidnap buku dalam bilik bacaan ayah aku. Beratus-ratus kitab dan bacaan ilmiah dia ada. Tiap-tiap bulan, ayah aku wajib ke kedai buku. (dah boleh nampak kan kerajinan membaca tu datang daripada siapa) Daripada ayah menurun ke anak dia. πŸ˜€

4) Suka dengar pelbagai genre lagu dan  suka menyanyi

Walaupun tahu suara tak sedap mana. 😜Hanya keluarga dan kawan baik aku (tu pun housemate aku masa time belajar) je yang dah dengar aku 'menyumbangkan' lagu. Dan diorang reda jelah tadah telinga. Kalau pergi karaoke tu pernahlah tapi dengan KELUARGA sahaja. Dengan kawan memang takkanlah. huhuhu

5) Sukakan pantai/laut dan pemandangan yang cantik (sawah padi, ladang yang penuh dengan bunga, bangunan bersejarah)

Sebab tu aku suka travel. Tapi sekarang tak kerja lagi, takde duit banyak nak travel jauh-jauh. Mampu berangan dulu, nanti duit dah banyak boleh berjalan-jalan sakan. Dan aku rasa beruntung betul suami aku nanti sebab aku bukan kaki shopping. Aku suka cuci-cuci mata je. So, jangan susah hati. Dapat pergi pantai atau laut dan tengok pemandangan yang cantik bagi aku dah mencukupi. Lepas tu bergambar banyak-banyak. πŸ˜ƒ

Okey, cukup sampai di sini sajalah entry kali ni. Nanti kita akan sampai fakta yang seterusnya plak. Tunggu hari Khamis minggu depan tau. Kalau rajin nak bercerita pasal fakta pasal akulah. Kalau aku dapat ada cerita spontan yang lain, aku hidangkan cerita lain. 😝 Tengok keadaan, okey...bai!

With Love;

Izzati Aisyah πŸ’‹